Ahlan Wa Sahlan......Selamat Datang!!!!!!




S
elamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web kami yang terkini. Maklumat yang terdapat didalam laman web ini hanya akan berkisar pada keadaan semasa.

Semua grafik, artikel serta file video atau audio yang terdapat dalam laman ini adalah tertakluk dibawah hak Amiroel®. Sila email kepada webmaster jika anda berkehendakkan sesuatu dari laman web ini.

Jika anda ingin mempunyai bahan atau file yang sama dari laman ini, sila download file tersebut untuk kegunaan semula di laman anda.

Webmaster.

Monday, April 06, 2009

"KERJA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM"




Marilah kita memanjatkan segala pujian dan setinggi-tinggi kesyukuran dengan meningkatkan ketakwaan kehadrat Allah s.w.t dengan sebenar-benar takwa,semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan darinya agar umat Islam terus membangun dan membina tamadun yang cemerlang pada masa kini dan masa akan datang.

Hari ini terdapat 10.8 juta penduduk Malaysia direkodkan dalam pasaran tenaga kerja dan dijangkakan jumlah pekerja-pekerja akan meningkat kepada 11.9 juta pada tahun 2010.Jumlah yang teramai ialah golongan pekerja tidak mahir yang terlibat dalam sektor-sektor industri pembuatan dan perkhidmatan.

Kerja adalah merupakan suatu kegiatan manusia yang sangat dituntut oleh agama melakukannya.Didalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyuruh manusia bekerja untuk menanggung diri sendiri,kaum keluarga dan membantu orang lain.

Dengan adanya rezeki yang berlebihan,seseorang individu atau sesebuah keluarga akan terselamat daripada bergantung kepada orang lain dalam meneruskan kehidupannya. Dalam hal ini ,Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:

Tangan yang diatas (yang memberi) lebih baik daripada tangan yang dibawah (yang menerima)".

(Riwayat Al-Bahari)

Setiap kerja yang dilakukan oleh individu Islam hendaklah mengetahui bahawa ianya bersesuaian dengan syariat Islam bagi mencerminkan ketinggian akhlak disamping mendekatkan diri kita kepada Allah yang maha esa.Setiap pekerjaan sewajarnya mengukuhkan peranan kita sebagai hamba Allah dan khalifahnya dimuka bumi ini.Dari segi perspektif Islam,sesuatu pekerjaan itu ada syarat-syarat dan garis panduan seperti berikut:-

Pertama : Kerja-kerja yang haram hendaklah dihindari seperti pekerjaan yang terlibat dengan unsur-unsur maksiat,minuman keras,kelab malam,judi dan sebagainya atau bekerja diwaktu yang dilarang oleh Allah S.W.T seperti bekerja sehingga tidak dapat menunaikan ibadat solat.

Kedua : Sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan dengan tekun dan cekap.Dalam hal ini pekerja-pekerja seharusnya bersungguh-sungguh melaksanakan kerja dan tugasnya dengan menggunakan kepakaran dan kecekapannya.

Ketiga : Setiap kerja yang dilaksanakan oleh seseorang individu atau secara berkumpulan hendaklah dilaksanakan berasaskan kepada prinsip-prinsip syariat seperti amanah,adil,bertanggungjawab,mengikut Syura dan sebagainya.Kerja-kerja yang diusahakan secara tipu helah,adanya unsur-unsur kezaliman, penindasan dan sebagainya,sudah pastilah menghilangkan ganjaran pahala kerja itu,yang dikira sebagai ibadat kepada Allah S.W.T.

Daripada sifat-sifat pekerjaan menurut ajaran Islam yang dijelaskan tadi, ternyata bahawa kerja-kerja harian yang dilakukan oleh umat Islam dikira sebagai ibadat kepada Allah dan akan diberi ganjaran olehnya. Justeru,ianya dapat menjadi pendorong yang kuat untuk para pekerja menghasilkan kerja yang baik dan berkualiti.

Untuk menghasilkan kerja yang baik,kecekapan perlu ada pada setiap pekerja.Cekap membawa maksud berkebolehan dan berkemampuan melaksanakan sesuatu kerja dengan cekap,tekun dan sempurna.Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya Allah sangat suka (bahkan cinta) jika seseorang daripada kamu, apabila melakukan kerja,maka ia bekerja dengan tekun".

Kita mestilah mempunyai kemahiran yang boleh menyumbang kepada penghasilan kerja.Diantara kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran mengurus masa dengan efektif,dapat berhubung dengan orang lain secara berkesan dan sebagainya.Kesemuanya ini perlu dilatih dan dilakukan secara berterusan.Ianya termasuk menhuasai ilmu kepakaran yang tinggi ,sesuai dengan kepesatan perubahan teknologi masa kini.

Sesungguhnya setiap individu muslim harus mempunyai tekad dan iltizam bahawa hari esok lebih baik daripada hari ini dan kerana itulah ajaran islam sentiasa mendorong kita bermotivasi tinggi,berusaha dengan gigih dan berikhtiar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Setiap pekerjaan ada nilai moral dan kewajarannya.Ia dilakukan bukan semata-mata untuk tujuan kebendaan,tetapi mempunyai tanggungjawab moral.Allah s.w.t menjadikan dunia ini untuk dibangunkan oleh manusia.Ditadbir dengan sempurna dan bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluan hidup.Firman Allah s.w.t dalam surah At-Taubat ayat 105:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Beramallah kamu akan segala yang diperintahkan),maka Allah s.w.t dan rasullnya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan,dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah s.w.t) yang mengetahuinya perkara-perkara yang ngaib dan nyata.Kemudian dia memberitahu kepada kami apa yang kamu telah kerjakan".

Marilah kita merenung,memahami dan menghayati makna serta tujuan kerja menurut Islam.Masih ramai dikalangan kita yang mementingkan keuntungan dan kejayaan peribadi semata-mata demi kesenangan hawa nafsu sahaja.Pada hal Islam memerintahkan kita untuk berusaha dan bekerja didunia untuk menyerlahkan ibadat bukannya untuk bermegah-megah.Harta kekayaan dan kekuasaan yang kita perolehi janganlah dijadikan matlamat terkahir dalam kehidupan kita,Tetapi jadikanlah ianya sebagai alat untuk mencapai pengabadian diri kita kepada Allah s.w.t.

"Katakanlah (wahai Muhammad):" Mahukah kamu khabarkan kepada kamu akan orang yang rugi amal-amal perbuatannya?. (Iaitu) orang yang telah sia-sia usahanya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.Merekalah orang yang kufur kepada ayat-ayat tuhan mereka dan pertemuan dengannya,oleh itu sia-sialah amalan mereka,maka akibatnya kami tidak akan menilai amal mereka pada hari kiamat kelak".

(Al-Kahfi ayat 103-105)



Sumber : Masjid Kampung Kuantan, Klang

No comments: