Ahlan Wa Sahlan......Selamat Datang!!!!!!




S
elamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web kami yang terkini. Maklumat yang terdapat didalam laman web ini hanya akan berkisar pada keadaan semasa.

Semua grafik, artikel serta file video atau audio yang terdapat dalam laman ini adalah tertakluk dibawah hak Amiroel®. Sila email kepada webmaster jika anda berkehendakkan sesuatu dari laman web ini.

Jika anda ingin mempunyai bahan atau file yang sama dari laman ini, sila download file tersebut untuk kegunaan semula di laman anda.

Webmaster.

Saturday, April 18, 2009

"ETIKA DAN AKHLAK REMAJA CEMERLANG"




Dalam ayat 13 surah al-kahfi, Allah memaparkan ciri-ciri cemerlang yang perlu ada dalam diri para remaja kita. Allah s.w.t menggunakan kalimah Fitiah yang bermaksud golongan muda. Ayat tersebut memaparkan kekentalan iman yang wujud dalam diri tujuh orang pemuda yang melarikan diri daripada raja yang zalim,yang ingin menggugat keimanan mereka kepada allah s.w.t.Tujuh orang pemuda ini berjaya membuktikan nilai dan kualiti iman yang wujud dalam diri mereka,keyakinan yang sepenuhnya terhadap kekuasaan dan kebesaran allah s.w.t, keteguhan prinsip dan pendirian serta semangat juang yang tinggi dan mengagumkan.Inilah ciri-ciri yang seharusnya dimilki oleh generasi muda kita. Jika generasi muda kita memiliki ciri-ciri seperti ini,maka sudah tentu kita tidak akan merasa risau dan takut sebagaimana kita merasa risau dan takut pada hari ini.


Etika dan akhlak mulia yang sewajarnya dimiliki oleh generasi muda bukan sahaja diceritakan oleh al-quran,tetapi juga banyak ditekankan dalam hadis-hadis nabi s.a.w. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abas,rasulullah s.a.w bersabda:


"Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara,usia mudamu sebelum tua,masa sihatmua sebelum sakit,masa kayamu sebelum papa,maa hidupmu sebelum mati,masa lapangmu sebelum sibuk".


(Riwayat At-Tarmizi)


Remaja cemerlang ialah remaja yang mempercayai etika dan akhlak yang mulia.Setiap tingkahlaku mereka disenangi oleh semua orang.Mereka menghormati orang lain dan orang lain menghormati mereka.Antara ciri-ciri remaja cemerlang yang sewajarnya dimiliki oleh setiap remaja muslim ialah:


Pertama - Berusaha untuk meningkatkan pengetahuan mengenai ajaran agama:


Remaja sewajarnya didikan dan dibekalkan dengan pengetahuan agama yang mencukupi bagi menghadapi godaan dunia yang mengasyikkan dan melalaikan.


Pengetahuan agamalah yang akan menyelamatkan seseorang remaja itu daripada terjebak dalam perkara munkar dan maksiat.Dengan pengetahuan agamalah seseorang remaja itu dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, yang halal dengan yang haram. Agama merupakan benteng terakhir bagi seseorang remaja dalam menghadapi cabaran dan pengaruh luaran yang boleh menggugat keimanannya.


Kekuatan fizikal dan mental seseorang itu belum tentu dapat menyelamatkan daripada tipu daya dunia. Justeru, program-program yang boleh menambahkan pengetahuan remaja mengenai ajaran agamanya seharusnya diperbanyakkan seprti mengadakan kelas-kelas agama, majlis-majlis ilmu di masjid-masjid dan lain-lain.Kesedaran remaja mengenai tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini perlu dijelaskan dan ditekankan. Jika aspek agama ini diabaikan, percayalah, sebesar mana perbelanjaan yang digunakan untuk program-program pembinaan sahsiah remaja,ia pasti akan gagal dan tidak berjaya.


Kedua - Remaja yang mempunia semangat juang yang tinggi bersemangat waja, berdaya saing,tidak mudah menyerah kalah dan mempunyai ketahanan diri yang kental.


Remaja yang cemerlang ialah remaja yang akan berusaha bersungguh-sungguh dan bersusaha payah untuk mencapai segala cita-citanya.Dia tidak akan berputus asa atau merasa kecewa disebabkan satu kegagalan.Jika gagal dia akan menghadapinya dengan penuh kesabaran dan berdoa kepada Allah s.w.t.Tidak ada istilah gagal dalam hidupnya. Bila dia gagal sekali,tidak bererti akan gagal selama-lamanya.


Remaja yang gagal pula ialah remaja yang lemah,tidak berdaya dan mudah berputus asa jika ditimpa kesusahan atau kegagalan.Pernah kita mendengar gesaan Rasulullah s.a.w supaya kita menjadi mukmin yang kuat. Sabda Rasulullah s.a.w:


"Sesungguhnya orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dikasihi oleh Allah s.w.t dari mukmin yang lemah.Dalam setiap kebaikan berusahalah untuk mendapatkan apa yang mendatangkan kebaikan kepada engkau dan mohonlah pertolongan daripada Allah dan janganlah berasa lemah".


(Hadis Riwayat Bahari dan Muslim)


Ketiga- Remaja yang tahu mengasihi masa lapangnya dengan perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada dirinya.


Dia tahu,bahawa masa yang hilang tidak dapat dikembalikan semula.Dia juga tahu tanggungjawab dan hak-hak terhadap tuhannya,dirinya,keluarganya dan masyarakatnya.Contohilah bagaimana imam Ahmad binKhanbal menguruskan masanya.Ibrahim Al-Harbi pernah menceritakan:


"Aku menemani Imam Ahmad bin Hanbal selama 20 tahun pada musim panas dan sejuk,malam dan siang,tetapi aku tidak pernah menemuinya dalam satu hari melainkan hari tersebut lebih baik daripada hari sebelumnya".


Remaja yang gagal ialah mereka yang muka membuang masa seperti duduk melepak di saiber-saiber kafe, menjadi mat rempit, menyalahgunakan dadah, membaca buku-buku yang tidak berfaedah,menonton video lucah, berhibur secara melampau dan menyalahi syarak,mengganggu ketenteraman awam, menyakiti,mengambil hak orang lain serta merosakkan harta benda awam.


Marilah sama-sama kita menggerakkan usaha bersepadu bagi mencegah mereka daripada terjerumus kelembah kemaksiatan dan kemunkaran.Ruang-ruang untuk mereka melakukan kemukaran dan kemaksiatan harus ditutup dan dihalang.Aktiviti-aktiviti hiburan melampau yang tidak mendatangkan faedah kepada pembangunan diri mereka harus dihentikan.Program dan rancangan television yang melalaikan dan menggalakkan pergaulan dan percampuran bebas antara lelaki dan perempuan mesti dihapuskan sama sekali.


Jika usaha-usaha ini tidak dilakukan,percayalah segala program-program yang dirancang untuk pembangunan dan pembinaan diri remaja yang menelan jutaan ringgit hanya akan tinggal slogan tanpa mendatangkan faedah sama sekali. Akan tumbuh subur jika wujudnya kejahatan.


"Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,yang disediakan bagi orang-orang bertakwa".




Sumber : Masjid Kampung Kuantan, Klang

No comments: