Ahlan Wa Sahlan......Selamat Datang!!!!!!




S
elamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web kami yang terkini. Maklumat yang terdapat didalam laman web ini hanya akan berkisar pada keadaan semasa.

Semua grafik, artikel serta file video atau audio yang terdapat dalam laman ini adalah tertakluk dibawah hak Amiroel®. Sila email kepada webmaster jika anda berkehendakkan sesuatu dari laman web ini.

Jika anda ingin mempunyai bahan atau file yang sama dari laman ini, sila download file tersebut untuk kegunaan semula di laman anda.

Webmaster.

Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah 1430


Sunday, December 21, 2008

Warren Buffet's Philosophies






Warren Edward Buffett (born August 30, 1930) is an American investor, businessman, and philanthropist.

He is one of the world's most successful investors and the largest shareholder and CEO of Berkshire Hathaway.

He was ranked by Forbes as the richest man in the world during the first half of 2008, with an estimated net worth of $62.0 billion.

http://en.wikipedia.org/wiki/Warren_Buffett


There was a one hour interview on CNBC with Warren Buffet, the second richest man who has donated $31 billion to charity. Here are some very interesting aspects of his life:

1. He bought his first share at age 11 and he now regrets that he started too late!

2. He bought a small farm at age 14 with savings from delivering newspapers.

3. He still lives in the same small 3-bedroom house in mid-town Omaha , that he bought after he got married 50 years ago. He says that he has everything he needs in that house. His house does not have a wall or a fence.

4. He drives his own car everywhere and does not have a driver or security people around him.

5. He never travels by private jet, although he owns the world's largest private jet company.

6. His company, Berkshire Hathaway, owns 63 companies. He writes only one letter each year to the CEOs of these companies, giving them goals for the year. He never holds meetings or calls them on a regular basis.He has given his CEO's only two rules.

Rule number 1: do not lose any of your share holder's money.
Rule number 2: Do not forget rule number 1.

7. He does not socialize with the high society crowd. His past time after he gets home is to make himself some pop corn and watch Television.

8. Bill Gates, the world's richest man met him for the first time only 5 years ago. Bill Gates did not think he had anything in common with Warren Buffet. So he had scheduled his meeting only for half hour. But when Gates met him, the meeting lasted for ten hours and Bill Gates became a devotee of Warren Buffet.

9. Warren Buffet does not carry a cell phone, nor has a computer on his desk.

His advice to young people: "Stay away from credit cards and invest in yourself and Remember:

A. Money doesn't create man but it is the man who created money.

B. Live your life as simple as you are.

C. Don't do what others say, just listen them, but do what you feel good.

D. Don't go on brand name; just wear those things in which u feel comfortable.

E. Don't waste your money on unnecessary things; just spend on them who really in need rather.

F. After all it's your life then why give chance to others to rule our life."

Sunday, November 30, 2008

Pesanan Dr Fadilah Kamsah

Dr.Fadhilah Kamsah menulis ........

Assalammualaikum. ......

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ....mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!

So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly....

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses.Do impart this knowledge; you'll lose nothing.

Wallahu A'lam... Terima Kasih.

Saturday, October 18, 2008

10 Wasiat Merawat Kehambaran Beribadah Selepas Ramadhan

Kebiasaannya apabila berada dalam bulan Ramadhan kita merasakan bersemangat untuk beribadah kepada Allah swt, lazat beribadah di dalamnya lain dari bulan yang lain, kita banyak membuat amalan sunat, membaca al-Quran, kita tidak meringan-ringankan solat dan berjaya menahan diri dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah swt. Sebaliknya apabila tamatnya Ramadhan, rasa lazat beribadah yang kita perolehi hilang entah kemana, kita tidak lagi bersemangat menunaikan amalan-amalan sunat, kemana perginya bacaaan al-Quran kita, solat sunat, memelihara lidah dan lain-lain ?


Di bawah ini mari kita kongsi bersama 10 wasiat daripada al-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jibrin, salah seorang ulama dari Kerajaan Arab Saudi untuk terus kekal beribadah walau selepas Ramadhan, saya olehkan semula dalam bahasa saya:

1. Yang terpenting ialah memohon pertolongan daripada Allah swt menghidayahkan ketetapan/kekuatan dalam melakukan ketaatan kepadanya. Allah swt memuji orang-orang yang mendalam ilmunya yang berdoa dengan berkata:

Maksudnya : "Wahai tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami, setelah engkau mengurniakan hidayah kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-MU, sesungguhnya engkaulah maha pemberi (kurnia)." (ALi Imran : 8)

2. Banyakkan bersama orang-orang soleh dan berusaha menghadiri majlis-majlis ilmu dan menziarahi orang-orang soleh

3. Berusaha mengetahui sirah orang-orang soleh dari pembacaan, mendengar rakaman-rakaman kuliah terutamanya sirah para sahabat Nabi saw.

4. Memperbanyakkan mendengar rakaman-rakaman islamiyah yang boleh memberi kesan kepada diri seperti khutbah dan seumapanya dari masa ke semasa.

5. Bersungguh-sungguh menunaikan semua kefardhuan seperti solat 5 waktu, dan menunaikan puasa qadha jika ada, kerana dalam melaksanakan kefardhuan ini adanya kelebihan yang besar.

6. Berusaha melakukan amalan sunat yang telah melekat di hati walaupun sedikit, kerana amalan yang lebih disukai oleh ALlah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit seperti yang dinyatakan di dalam hadith Nabi saw.

7. Berusaha menghafal ayat-ayat al-Quran dan berterusan membacanya. Demikian juga berusaha membaca ayat-ayat yang dihafal itu di dalam solat-solat fardhu dan sunat.

8. Membanyakkan berzikir kepada Allah swt dan beristighfar, kerana sesungguhnya zikir dan istighfar ini adalah amalan kecil yang ada manfaat yang besar yang dapat menambah keimanan dan menguatkan hati.

9. Menjauhi sedaya mungkin semua yang boleh merosakkan hati seperti orang-orang jahat, rancangan-rancangan tv yang merosakkan, mendengar lagu yang merosakkan, dan majalah-majalah lucah.

10. Akhirnya al-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jibrin berwasiat untuk bersegera bertaubat dengan taubat yang bersungguh-sungguh, kerana sesungguh Allah amat gembira dengan hambanya apabila mereka bertaubat.

Janganlah anda semua jadi seperti kaum yang tidak mengenali Allah melainkan dalam bulan Ramadhan, sesungguhnya al-Salaf al-Soleh berkata tentang orang-orang yang hanya mengenali Allah di dalam bulan Ramadhan: "Seburuk-buruk golongan ialah golongan yang tidak mengenali Allah melainkan dalam bulan Ramadhan."

Semoga Allah menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang soleh di dalam Ramadhan dan soleh juga di luar Ramadhan.


(sumber:islamonline.net)

Wednesday, October 01, 2008

Salam AidilFitri

Sunday, September 21, 2008

Alahai Dodol!!


 - Fotopages.com

Zaman dah berubah.. kini memasak dodol tidak lagi memerlukan tenaga ramai...tahniah kepada mereka yang telah mencipta mesin penggaul dodol.

sumber: www.zuldesign.com.my
kamkuan.fotopages.com

Tuesday, August 19, 2008

Lanjutan: Saham Akhirat

Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/ Tuan/Puan,

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

MAKLUMAN SUMBANGAN PEMBELIAN TANAH

Dengan hormatnya perkara si atas dirujuk.


Dukacitanya dimaklumkan bahawa kutipan derma yang sedang dijalankan oleh PIBG sekolah direkodkan seperti berikut:

Tarikh: 30/04/2008 = RM30,000.00 (sumbangan peribadi )
31/05/2008 - 31/07/2008 = RM14607.50
Jumlah: = RM44607.50

Jumlah yang diperolehi masih tidak mencukupi dan kami kekurangan RM45,392.50 bagi menampung harga tanah sebanyak RM90,000.00.. Tempoh yang diberikan oleh tuan tanah akan berakhir pada hujung bulan Ogos 2008 dan oleh itu kami mohon ihsan semua pihak membantu mencari sumbangan sebelum tarikh tersebut.

Sebarang maklumat lanjut bolehlah hubungi,
En Abd Wahab Bin Mat Saat
Guru Besar, SRA Kg Kuantan, Klang
Tel / Fax No: 03-33440687 (waktu persekolahan)

En Abu Bakar Bin Omar
Pengerusi PIBG, SRA Kg Kuantan, Klang
HP No: 019-2373236

En Mohd Shazemie Ikmal
Setiausaha PIBG, SRA Kg Kuantan, Klang
HP No: 019-2084696

Kerjasama yang diberikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Wassalam.



--------------------------------------------------------------------------------
Sumbangan melalui cek diatas nama 'PIBG SRA Kg Kuantan' bolehlah dikirimkan kepada :

Pengerusi PIBG,
Sekolah Rendah Agama Kg. Kuantan Klang,
41300 Klang,
Selangor D E.

atau

Pindahan / IBG : Bank Islam Klang

Nama Akaun : PIBG SRA KG KUANTAN
Nombor Akaun : 12-010-02-024064- 4
Rujukan : Wakaf Tanah

Sunday, July 13, 2008

Saham Akhirat

UNTUK HEBAHAN!!!!

Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/ Tuan/Puan,

السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Rendah Agama Kampung Kuantan, Klang berhasrat untuk membeli sebidang tanah yang terletak bersebelahan sekolah dengan harga RM90,000.00. Tujuannya adalah untuk membina bangunan tambahan bagi menampung pertambahan pelajar di sekolah ini.

Sehubungan itu,Persatuan Ibu Bapa dan Guru SRA Kampung Kuantan, Klang ingin memohon sumbangan ikhlas dari pihak Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/ Tuan/Puan bagi maksud tersebut.

Keperihatinan, kerjasama, sokongan dan sumbangan yang Tan Sri/Puan Sri/Dato'/Datin/ Tuan/Puan berikan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Wasalam.

--------------------------------------------------------------------------------

Sumbangan melalui cek diatas nama 'PIBG SRA Kg Kuantan' bolehlah
dikirimkan kepada :

Pengerusi PIBG,
Sekolah Rendah Agama Kg. Kuantan Klang,
41300 Klang,
Selangor D E.

atau

Pindahan / IBG : Bank Islam Klang

Nama Akaun : PIBG SRA KG KUANTAN
Nombor Akaun : 12-010-02-024064- 4
Rujukan : Wakaf Tanah

Sebarang maklumat lanjut bolehlah hubungi,
Guru Besar, SRA Kg Kuantan, Klang
Tel / Fax No: 03-33440687 (waktu persekolahan)

En Abu Bakar Bin Omar
Pengerusi PIBG, SRA Kg Kuantan, Klang
HP No: 019-2373236

Thursday, July 10, 2008

Sunday, June 08, 2008