Ahlan Wa Sahlan......Selamat Datang!!!!!!




S
elamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web kami yang terkini. Maklumat yang terdapat didalam laman web ini hanya akan berkisar pada keadaan semasa.

Semua grafik, artikel serta file video atau audio yang terdapat dalam laman ini adalah tertakluk dibawah hak Amiroel®. Sila email kepada webmaster jika anda berkehendakkan sesuatu dari laman web ini.

Jika anda ingin mempunyai bahan atau file yang sama dari laman ini, sila download file tersebut untuk kegunaan semula di laman anda.

Webmaster.

Monday, January 26, 2009

Gerhana Matahari



Turutan foto menunjukkan bulan melintasi antara Bumi dan matahari sebelum, semasa dan selepas gerhana , pada Januari 26, 2009, Gambar di ambil dari Bandar Lampung di Indonesia.

—Foto oleh Beawiharta/Reuters





Foto Atas:

Gambar yang diambil dari Pantai Anyer Indonesia di Kepulauan Jawa, salah satu dari beberapa tempat di mana gerhana matahari itu dapat disaksikan sepenuhnya.

—Foto oleh Achmad Ibrahim/AP Photo
http://news.nationalgeographic.com/news/2009/01/photogalleries/eclipse/photo4.html



Foto Bawah:

Gambar diambil di LebuhRaya Persekutuan Kuala Lumpur menghala ke Shah Alam pada jam 5 10 ptg. Cuaca mendung dan hujan renyai-renyai.











Pada saat ini kita diperlihatkan dengan kuasa Allah yang Maha Agung iaitu kejadian gerhana matahari. Matahari yang bercahaya di siang hari penuh purnama secara tiba-tiba hilang cahayanya sedikit demi sedikit sehinggalah tiada lagi cahaya yang kelihatan. Begitulah kehebatan kekuasaan Allah yang mampu mengubah segalanya di langit dan bumi pada bila-bila masa yang tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat qadha dan qadar-Nya.


Firman Allah SWT dalam surah az-Zumar ayat 5:

Maksudnya: Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada tujuan yang benar; Ia menjadikan malam melengkari siang, dan menjadikan siang melengkari malam; dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintah-Nya, setiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.





No comments: