Ahlan Wa Sahlan......Selamat Datang!!!!!!
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web kami yang terkini. Maklumat yang terdapat didalam laman web ini hanya akan berkisar pada keadaan semasa.
Semua grafik, artikel serta file video atau audio yang terdapat dalam laman ini adalah tertakluk dibawah hak Amiroel®. Sila email kepada webmaster jika anda berkehendakkan sesuatu dari laman web ini.
Jika anda ingin mempunyai bahan atau file yang sama dari laman ini, sila download file tersebut untuk kegunaan semula di laman anda.
Webmaster.
Saturday, March 07, 2009
"ETIKA BERPAKAIAN MENURUT ISLAM"
Pakaian adalah salah satu diantara tiga keperluan asas dan terpenting yang perlu dimiliki dan dipenuhi oleh setiap manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Selain sebagai keperluan asasi, pakaian juga boleh menjadi ekoran keperibadian seseorang, sebagai simbol atau tanda dan lain-lain perlembagaan. Kriteria berpakaian itu tidak memadai hanya berdasarkan ukuran adat, kerana adat boleh berubah. Justeru itu, pakaian juga boleh berubah. Oleh kerana itulah ukuran agama adalah yang paling tepat bagi menentukan etika atau kriteria berpakaian iaitu menutup aurat yang menepati kehendak hukum syarak.
Apabila berbicara mengenai pakaian, kita tidak dapat lari dari memperkatakan tentang aurat kerana dalam islam pakaian dan aurat adalah sangat berkait rapat antara satu sama lain. Dari segi bahasa, aurat itu berasal dari perkataan arab yang bererti aib atau sesuatu yang memalukan. Menurut istilah sayarak pula, aurat adalah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang lain.
Menutup aurat adalah wajib keatas setiap muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada al-quran dan hadis. Diantaranya firman allah s.w.t :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka,atau anak-anak mereka,atau anak-anak tirir mereka,atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,atau perempuan-perempuan islam,atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada allah, wahai orang-orang yang beriman, suapaya kamu berjaya".
Melalui dalil ini, jelaslah bahawa islam amat mengambil berat terhadap masalah aurat sehingga diterangkan dengan penjelasan yang begitu terperinci sebagaimana disebutkan didalam ayat 31 surah an-nur tadi, dan lebih daripada itu, kita juga digalakkan untuk menutup aurat dalam keadaan kita berseorangan ,meskipun ditempat yang sunyi dan tertutup.
Hukum wajib menutup aurat tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak boleh dimansuhkan dengan hujjah akal, walau sehebat mana logoknya hujjah itu. Ini kerana hukum itu telah ditetapkan dengan nas yang jelas yang tidak boleh diijtihadkan.
Nas yang terang dan jelas mengatasi akal rasional,kerana nas itu adalah wahyu yang nyata maksudnya, tidak memerlukan akal rasional untuk menerangkannya, apa lagi untuk membatalkan konsepnya yang jelas itu. Walau bagaimana pun pintarnya seseorang itu dan cerdiknya seorang pejuang hak wanita, namun mereka tidak akan dapat menentang dan menukar ketetapan allah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana. Malah sikap sebahagian mereka yang memperkecilkan-kecilkan dan mempersenda-sendakan hukum allah jelas memperlihatkan kejahilan dan kecetekan akal fikiran mereka dalam menganggapi hikmat disebalik larangan-larangan allah yang pada mereka amat mengongkong kebebasan dan pergerakkan.
Sungguh pun begitu, akal rasional boleh meneliti hikmah disebalik kewajipan itu bagi menambah keyakinan terhadap kebenaran hukum yang telah ditetapkan oleh nas.
Diantara hikmah kewajipan menutup aurat itu adalah untuk melindungi diri daripada jenayah seks. Sebagaimana yang kita ketahui, jenayah seks adalah diantara jenayah yang sangat berleluasa dan kerap berlaku pada dekad ini. Jenayah-jenayah seperti rogol,sumbang mahram dan khalwat memang sudah tidak asing lagi pada pendengaran kita. Punca yang banyak menyumbang kearah berlakunya perkara ini ialah pendedahan aurat.Kenyataan ini boleh dibuktikan daripada berbagai-bagai sudut kajian dan penipuan.
Sumber: Masjid Kg. Kuantan, Klang
No comments:
Post a Comment