Ahlan Wa Sahlan......Selamat Datang!!!!!!




S
elamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web kami yang terkini. Maklumat yang terdapat didalam laman web ini hanya akan berkisar pada keadaan semasa.

Semua grafik, artikel serta file video atau audio yang terdapat dalam laman ini adalah tertakluk dibawah hak Amiroel®. Sila email kepada webmaster jika anda berkehendakkan sesuatu dari laman web ini.

Jika anda ingin mempunyai bahan atau file yang sama dari laman ini, sila download file tersebut untuk kegunaan semula di laman anda.

Webmaster.

Tuesday, August 30, 2005

TAUBAT

Marilah kita bertakwa kepada Allah s.w.t dengan menjunjung perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Dalam masa yang sama hendaklah memperbanyakkan taubat kepada Allah diatas segala bentuk kesalahan dan dosa yang kita lakukan.Taubat ialah kembali daripada melakukan maksiat, orang yang berdosa itu seolah-olahnya meninggalkan Allah s.w.t , dengan tidak taat kepadanya dan melanggar perintahnya. Maka apabila ia meninggalkan maksiat, seolah-olah ia kembali semula kepada Allah s.w.t.Allah s.w.t memerintahkan supaya kita melakukan taubat sebagaimana firmannya didalam surah An-Nur ayat 31:[ Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah s.w.t wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya].Dan Allah s.w.t menjanjikan menerima taubat serta membuka pintu pengharapan seluas-luasnya. Firman Allah didalam surah Az-Zumar ayat 53:[Katakanlah Muhammad, wahai hamba-hambaku yang melampau (menzalimi) dirinya, janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampunkan dosa semuanya, sesungguhnya ia maha pengampun dan maha mengasihani].Hamba-hamba Allah yang dikasihi sekalian,Ketahuilah , ulamak silap sepakat, bahawa taubat itu wajib dilakukan dengan segera dan ia berterusan samada dari segala dosa kecil atau dosa besar:Firman Allah didalam surah Al-Maedah ayat 74:[Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya?). Pada hal Allah amat pengampun lagi amat mengasihani].Rasulullah s.a.w bersabda:[Wahai manusia, bertaubatlah kamu kepada Allah s.w.t dan beristigfarlah kepadanya, sesungguhnya saya bertaubat dalam satu hari seratus kali].Seorang lelaki bertanya kepada Abdullah bin Mas'ud tentang dosa yang ditanggungnya, adakah boleh bertaubat. Abdullah berpaling darinya, kemudian menoleh kembali kepada lelaki tersebut, ia melihat kedua mata lelaki tersebut berlinangan air mata, lalu Abdullah berkata: "Syurga itu ada lapan pintu,semuanya dibuka dan ditutup melainkan pintu taubat, kerana disitu ada malaikat yang ditugaskan supaya tidak menutupnya. Maka beramallah, jangan kamu berputus asa."Lokman Hakim berpesan:[Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: "Wahai tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan (kedatangan ajal mati) ku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai segala yang kamu kerjakan].Orang-orang yang telah dimatikan, semuanya berangan-angan untuk dapat hidup sebentar supaya dia dapat bertaubat dan bersungguh-sungguh melakukan ketaatan, tetapi jauh sekali apa yang mereka inginkan.Para As-Salafu Solihu mengetahui nilai taubat, lalu mereka sentiasa melakukan taubat, kerana orang yang berakal apabila memiliki harta yang banyak, kemudian habis tanpa ada faedah yang kembali kepadanya, tentulah ia merasa sesal. Begitulah umur bagaikan modul untuk membeli nikmat syurga. Alangkah ruginya umur itu hilang begitu sahaja tanpa bertaubat.Hamba-hamba Allah yang dikasihi,Menurut pendapat ulamak secara ringkasnya "Taubat Nasuha" ialah mencabut dari melakukan dosa pada masa tersebut. Menyesali perbuatan-perbuatan dosa yang telah lalu dan berazam tidak akan melakukan dosa pada masa akan datang , kemudian jika dosa tersebut berkait dengan manusia, hendaklah dikembalikan kepadanya.Said bin Jabar Rahimahullah berkata: "Taubat" tidak akan diterima selagi tidak menyempurnakan tiga syarat: "Takut tidak diterima, mengharap diterima dan mengkali taat."Imam Kartobi Rahimuhullah berkata: "Taubat menghimpunkan empat perkara, istigfar dengan lidah, meninggalkan dengan badan, menyembunyikan keinginan untuk kembali semula dan meninggalkan keburukan."Hamba-hamba Allah yang dikasihi sekalian,[Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan, disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya, dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui lagi amat bijaksana].(An-Nisa' :17)Jamhur ulamak menyatakan maksud taubat yang dekat ialah taubat sebelum hampirnya kematian. Allah menerima taubat hambanya yang derhaka selagi roh ada dalam badan.Rasulullah s.a.w bersabda:[Sesungguhnya Allah Azawajal menerima taubat seseorang hamba selagi belum nazak (nyawa dikerongkong)].Ini menunjukkan seelok-elok taubat ialah ketika sihat untuk membolehkannya melakukan amal soleh. Sebab itu Allah gandingkan kalimah taubat dengan amal soleh dalam banyak tempat. Dalam Al-Quran umpamanya:[Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan kita) ia bertaubat kepada tuhannya dengan sebenar-benar taubat].Taubat ketika hampir mati, serupalah dengan menyedekahkan harta ketika kematian sudah datang, seolah-olah seseorang takkan bertaubat, melainkan apabila sudah sakit, setelah kekuatan dan kesihatannya digunakan sepenuhnya tenggelam dalam syahwat dan kelazatan dunia. Apabila putus asa dari kehidupan dunia, barulah nak bertaubat, bukanlah ini cara bertaubat sebenar.Hamba Allah yang dikasihi, Taubat yang diterima ada tandanya, begitu juga taubat yang ditolak ada tandanya. Orang-orang yang taubatnya diterima:1- Selepas bertaubat keadaannya lebih baik dari sebelumnya. Seorang hamba hendaklah melihat dirinya setelah bertaubat. Apakah bertambah baiknya atau masih dalam kejahatan. Kalau menjadi baik.... Alhamdulillah. Kalau sebaliknya... hendaklah dikesali, dan tanda taubatnya ditolak.2- Hendaklah ia merasai takut, yang ia tidak aman dari azab Allah.3- Hendaklah ia menambat keinginan hatinya berbuat maksiat, kerana menyesal dan takut untuk melakukan samada dosa kecil atau jenayah yang besar.4- Merasa hina diri dan Tawaduk.Sebaliknya tanda-tanda taubat ditolak itu ialah:1- Lemah keazamannya dan hati-hatinya membayangkan keseronokan melakukan dosa semula. Itu adalah taubat orang-orang yang dusta. Malunya kepada manusia, tidak kepada tuhan, takutnya kepada manusia tidak takut kepada Allah s.w.t.2- Tenang dan yakin dirinya telah bertaubat dan merasa aman dari murka Allah s.w.t.3- Beku air matanya dari menangis dan keras hatinya. Tidak takut terhadap kematian dan peristiwa-peristiwanya. Dan tidak takut neraka dan peristiwa-peristiwanya.4- Tidak melakukan amal soleh selepas bertaubat.Sidang jumaat yang dihormati sekalian,Marilah kita bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah s.w.t kerana tidak ada dikalangan kita yang berbuat dosa .[Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah (mintalah dihapuskannya dosa kamu), dengan "Taubat Nasuha" , mudah-mudahan tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibahunya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya, cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat dihadapan mereka dan disebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan), mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap gelita): "Wahai tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami, sesungguhnya engkau amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.(At-Tahrim :8)