Ahlan Wa Sahlan......Selamat Datang!!!!!!
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web kami yang terkini. Maklumat yang terdapat didalam laman web ini hanya akan berkisar pada keadaan semasa.
Semua grafik, artikel serta file video atau audio yang terdapat dalam laman ini adalah tertakluk dibawah hak Amiroel®. Sila email kepada webmaster jika anda berkehendakkan sesuatu dari laman web ini.
Jika anda ingin mempunyai bahan atau file yang sama dari laman ini, sila download file tersebut untuk kegunaan semula di laman anda.
Webmaster.
Friday, June 17, 2011
11 jenis manusia didoa Malaikat
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat.
WAllahu'alam.
Friday, November 19, 2010
SOLAT MUSAFIR
Terdapat beberapan perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya ingin menunaikan solat musafir tersebut. Antaranya :
AMALAN SUNAT SEBELUM MUSAFIR
| | Tujuan bermusafir adalah dengan niat yang baik bukan atas tujuan maksiat, ini semoga perjalanannya itu sentiasa diberkati oleh Allah |
| | Menunaikan 2 rakaat solat sunat musafir sebelum berangkat |
| | Memulakan musafir pada hari khamis ataupun Isnin. Elakkan bermusafir seorang diri,sunat membawa teman |
| | Meminta kaum keluarga supaya mendoakan kita agar selamat dalam perjalanan. |
| | Membaca doa ketika hendak keluar dari rumah dan juga menaiki kenderaan |
| | Jika jarak yang hendak dituju itu melebihi dua marhalah (60 batu/ 96.6 KM) maka disunatkan kita untuk menjamak dan mengqasarkan solat. |
SOLAT DALAM KENDERAAN Seseorang yang sedang bermusafir dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti. Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh menunaikan solat tanpa wuduk tetapi solat tersebut hanya dikira sebagai menghormati waktu dan WAJIB di qada' kemudiannya. Jika ianya solat sonat tidak perlu mengqada'nya. Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya. PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN
APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU ? Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir. Apabila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi mengqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah. Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Wednesday, November 03, 2010

Bil(22)dlm.S/U.PIBG/SRAKK 07/001/01
Assalamualaikum W.b.t
Tan Sri /Puan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN SURAU KG KUANTAN KLANG.
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SRA Kg Kuantan Klang telah bersetuju untuk membina sebuah surau ditanah yang berada di belakang sekolah dengan harga RM300,000.00.
Sehubungan dengan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SRA Kg Kuantan Klang ingin memohon sumbangan daripada Tan Sri /Puan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan bagi menampung kos pembinaan sebuah surau sekolah ini demi keselesaan pelajar-pelajar melakukan amali solat dengan sempurna serta aktiviti-aktiviti ilimiah dan perayaan Islam. Sumbangan boleh dibuat melalui cek kepada PIBG SRA Kg Kuantan dan dialamatkan kepada Sekolah Rendah Agama Kg Kuantan,41300 Klang, Selangor D E atau pindahan antara bank ke No A/C : 1204-0002751-71-5 (Bank Muamalat Klg).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
1. En Abu Bakar Bin Omar
Pengerusi PIBG SRA Kg. Kuantan, Klang
No Hp: 019-237 3236
2. Pn Hjh Thuraya Bt Sanip
Guru Besar SRA Kg. Kuantan, Klang
No Tel: 03-33440687 (Pejabat)
Keprihatinan,kerjasama,sokongan dan sumbangan yang Tan Sri /Puan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan berikan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian , wassalam.
Konklusi kepada artikel penting ini, mohon blogger/pembaca link dan sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan.Terima kasih.