Ahlan Wa Sahlan......Selamat Datang!!!!!!
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web kami yang terkini. Maklumat yang terdapat didalam laman web ini hanya akan berkisar pada keadaan semasa.
Semua grafik, artikel serta file video atau audio yang terdapat dalam laman ini adalah tertakluk dibawah hak Amiroel®. Sila email kepada webmaster jika anda berkehendakkan sesuatu dari laman web ini.
Jika anda ingin mempunyai bahan atau file yang sama dari laman ini, sila download file tersebut untuk kegunaan semula di laman anda.
Webmaster.
Friday, November 19, 2010
SOLAT MUSAFIR
Terdapat beberapan perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya ingin menunaikan solat musafir tersebut. Antaranya :
AMALAN SUNAT SEBELUM MUSAFIR
Tujuan bermusafir adalah dengan niat yang baik bukan atas tujuan maksiat, ini semoga perjalanannya itu sentiasa diberkati oleh Allah | |
Menunaikan 2 rakaat solat sunat musafir sebelum berangkat | |
Memulakan musafir pada hari khamis ataupun Isnin. Elakkan bermusafir seorang diri,sunat membawa teman | |
Meminta kaum keluarga supaya mendoakan kita agar selamat dalam perjalanan. | |
Membaca doa ketika hendak keluar dari rumah dan juga menaiki kenderaan | |
Jika jarak yang hendak dituju itu melebihi dua marhalah (60 batu/ 96.6 KM) maka disunatkan kita untuk menjamak dan mengqasarkan solat. |
SOLAT DALAM KENDERAAN Seseorang yang sedang bermusafir dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti. Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh menunaikan solat tanpa wuduk tetapi solat tersebut hanya dikira sebagai menghormati waktu dan WAJIB di qada' kemudiannya. Jika ianya solat sonat tidak perlu mengqada'nya. Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya. PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN
APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU ? Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir. Apabila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi mengqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah. Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.
|
Wednesday, November 03, 2010
Bil(22)dlm.S/U.PIBG/SRAKK 07/001/01
Assalamualaikum W.b.t
Tan Sri /Puan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN SURAU KG KUANTAN KLANG.
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SRA Kg Kuantan Klang telah bersetuju untuk membina sebuah surau ditanah yang berada di belakang sekolah dengan harga RM300,000.00.
Sehubungan dengan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SRA Kg Kuantan Klang ingin memohon sumbangan daripada Tan Sri /Puan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan bagi menampung kos pembinaan sebuah surau sekolah ini demi keselesaan pelajar-pelajar melakukan amali solat dengan sempurna serta aktiviti-aktiviti ilimiah dan perayaan Islam. Sumbangan boleh dibuat melalui cek kepada PIBG SRA Kg Kuantan dan dialamatkan kepada Sekolah Rendah Agama Kg Kuantan,41300 Klang, Selangor D E atau pindahan antara bank ke No A/C : 1204-0002751-71-5 (Bank Muamalat Klg).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
1. En Abu Bakar Bin Omar
Pengerusi PIBG SRA Kg. Kuantan, Klang
No Hp: 019-237 3236
2. Pn Hjh Thuraya Bt Sanip
Guru Besar SRA Kg. Kuantan, Klang
No Tel: 03-33440687 (Pejabat)
Keprihatinan,kerjasama,sokongan dan sumbangan yang Tan Sri /Puan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan berikan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian , wassalam.
Konklusi kepada artikel penting ini, mohon blogger/pembaca link dan sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan.Terima kasih.