Ahlan Wa Sahlan......Selamat Datang!!!!!!
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web kami yang terkini. Maklumat yang terdapat didalam laman web ini hanya akan berkisar pada keadaan semasa.
Semua grafik, artikel serta file video atau audio yang terdapat dalam laman ini adalah tertakluk dibawah hak Amiroel®. Sila email kepada webmaster jika anda berkehendakkan sesuatu dari laman web ini.
Jika anda ingin mempunyai bahan atau file yang sama dari laman ini, sila download file tersebut untuk kegunaan semula di laman anda.
Webmaster.
Friday, November 19, 2010
SOLAT MUSAFIR
Terdapat beberapan perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya ingin menunaikan solat musafir tersebut. Antaranya :
AMALAN SUNAT SEBELUM MUSAFIR
Tujuan bermusafir adalah dengan niat yang baik bukan atas tujuan maksiat, ini semoga perjalanannya itu sentiasa diberkati oleh Allah | |
Menunaikan 2 rakaat solat sunat musafir sebelum berangkat | |
Memulakan musafir pada hari khamis ataupun Isnin. Elakkan bermusafir seorang diri,sunat membawa teman | |
Meminta kaum keluarga supaya mendoakan kita agar selamat dalam perjalanan. | |
Membaca doa ketika hendak keluar dari rumah dan juga menaiki kenderaan | |
Jika jarak yang hendak dituju itu melebihi dua marhalah (60 batu/ 96.6 KM) maka disunatkan kita untuk menjamak dan mengqasarkan solat. |
SOLAT DALAM KENDERAAN Seseorang yang sedang bermusafir dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti. Demikian juga jika kita sukar untuk mendapatkan air wuduk, kita boleh menunaikan solat tanpa wuduk tetapi solat tersebut hanya dikira sebagai menghormati waktu dan WAJIB di qada' kemudiannya. Jika ianya solat sonat tidak perlu mengqada'nya. Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan setelah cukup syarat-syaratnya. PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN
APAKAH SOLAT MENGHORMATI WAKTU ? Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat. Solat ini WAJIB di qada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali. Kita juga boleh mengqada' solat hormat waktu ini secara jama' ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir. Apabila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah di qada' secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammun bagi mengqada' solat maka memadai solat menghormati itu telah diterima Allah. Sebaliknya jika kita berpeluang untuk mengqada' solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.
|
Wednesday, November 03, 2010
Bil(22)dlm.S/U.PIBG/SRAKK 07/001/01
Assalamualaikum W.b.t
Tan Sri /Puan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN SURAU KG KUANTAN KLANG.
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SRA Kg Kuantan Klang telah bersetuju untuk membina sebuah surau ditanah yang berada di belakang sekolah dengan harga RM300,000.00.
Sehubungan dengan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SRA Kg Kuantan Klang ingin memohon sumbangan daripada Tan Sri /Puan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan bagi menampung kos pembinaan sebuah surau sekolah ini demi keselesaan pelajar-pelajar melakukan amali solat dengan sempurna serta aktiviti-aktiviti ilimiah dan perayaan Islam. Sumbangan boleh dibuat melalui cek kepada PIBG SRA Kg Kuantan dan dialamatkan kepada Sekolah Rendah Agama Kg Kuantan,41300 Klang, Selangor D E atau pindahan antara bank ke No A/C : 1204-0002751-71-5 (Bank Muamalat Klg).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
1. En Abu Bakar Bin Omar
Pengerusi PIBG SRA Kg. Kuantan, Klang
No Hp: 019-237 3236
2. Pn Hjh Thuraya Bt Sanip
Guru Besar SRA Kg. Kuantan, Klang
No Tel: 03-33440687 (Pejabat)
Keprihatinan,kerjasama,sokongan dan sumbangan yang Tan Sri /Puan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan berikan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian , wassalam.
Konklusi kepada artikel penting ini, mohon blogger/pembaca link dan sebarkan artikel ini kepada rakan-rakan.Terima kasih.
Thursday, October 07, 2010
Khasiat Ayat Al-Quran
Baca bila sakit kepala dan sapu tempat sakit
Surah Al Waaqiah: Baca setiap malam sebelum tidur.
Fadhilatnya: Tidak merasa kepapaan atau kehinaan; kaya jiwa bukan harta.
2) Surah Al Baqarah / Ayat 156 :
Baca dalam musibah bukan sahaja kematian
Surah Al-Baqarah baca selama 3 malam, syaitan tak masuk rumah selama 3 malam.
3) Surah Ibrahim / Ayat 40 :
Baca untuk diri dan keturunan supaya rajin solat. Amalkan setiap selepas waktu Asar
4) Surah At-Talâq / Ayat 2-3
Ayat Seribu Dinar : Barangsiapa bertaqwa, Allah akan tolong dalam kesusahan dengan rezeki yang bertambah.
5) Surah Al-Hadid / Ayat 3 :
Baca sebelum tidur, untuk kukuh iman
6) Surah Ta'Ha. / Ayat 25 - 27
Doa untuk masuk periksa, majlis ceramah ,temuduga elok ajar anak.
7) Surah Al-Mulk / Ayat 14 & 15
Doa untuk jauhkan seksa kubur
Untuk Sakit, baca & gosok tempat sakit.
Untuk Mohon murah rezeki
8) Surah Al Qadr
Doa untuk yang lemah jadi kuat,miskin jadi kaya, yang hina dihormati orang. 3X selepas subuh & maghrib
9) Surah Al-Anbiyâ’ / Ayat 83 :
Doa Nabi Ayob – ketika sakit selama 18 tahun
10) Surah Al Ahqaf / Ayat 15 :
Doa untuk diri dan ibubapa serta zuriat supaya tetap dalam iman
11) Surah Al-Furqân/ Ayat 74
Doa untuk rumah bahagia, dibaca setiap lepas waktu solat (5 X sehari).
12) Surah Al-Imran / Ayat 200
Doa untuk jadi orang sabar, selepas habis ayat, sebut Allah Ya-sabur, Ya-sabur, berulang kali.
13) Surah Ash-Sharh
Dibaca oleh Nabi Muhammad SAW ketika susah hati. Kesenangan untuk masuk periksa, hati tenang. 40X selepas solat fardhu.
Thursday, July 01, 2010
BESARNYA DOA YANG KITA LUPAKAN
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah - Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah - Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kitauntuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya - Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima - Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup - Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita - Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu - tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.
Saturday, June 26, 2010
SOLAT
- Solat yg dilakukan oleh org yg tiada ilmu tentang solat
- Tidak tahu rukun dan sunat dlm solat
- Solatnya DITOLAK malah BERDOSA kerana tidak belajar
2) SOLAT ORANG LALAI
-Solat yg sempurna zahirnya tetapi hatinya langsung tidak hadir dalam solat
- Dari awal hingga akhir solat hatinya langsung tidak mengingati Allah
- Solatnya TIDAK MENDAPAT PAHALA malah dibalas dgn NERAKA WAIL..Nauzubillah
3) SOLAT ORANG YG SEPARUH LALAI SEPARUH KHUSYUK
- Solat yg di dalamnya berlaku tarik menarik dgn syaitan
- Ada waktu lalai,ada waktu khusyuk
- TIDAK JUGA BERDOSA,TIDAK JUGA BERPAHALA..CUMA DIMAAFKAN..wallahualam
4) SOLAT ORANG KHUSYUK
- Sepanjang solatnya itu penuh ingatan kpd Allah dan kpd apa yg dibacanya.
- Solat begini menghapuskan dosa,menguatkan iman dn lebih dkt kpdNya
- Dianugerahkan pahala dan syurga penuh kenikmatan.
5) SOLAT NABI-NABI DAN RASUL
- Khusyuk mereka sgt luar biasa.
- Mereka benar-benar nampak Allah dgn mata hati,solat seakan2 berbual2 dgn ALLAH
JADI, SUDAH TAHU DI MANA PERINGKAT SOLAT KITA??
*moga kita bersama-sama memperbaiki solat utk memperoleh keredhaanNya juga memperoleh kenikmatan syurga..WALLAHUALAM
Monday, February 22, 2010
Talkin untuk A
Bismillah hir rah man nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai Saudaraku, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai Saudaraku, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai Saudaraku, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".
Wahai Saudaraku, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai Saudaraku, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr ..
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:
TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1.
2
3.
4.
5.
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"