Ahlan Wa Sahlan......Selamat Datang!!!!!!




S
elamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web kami yang terkini. Maklumat yang terdapat didalam laman web ini hanya akan berkisar pada keadaan semasa.

Semua grafik, artikel serta file video atau audio yang terdapat dalam laman ini adalah tertakluk dibawah hak Amiroel®. Sila email kepada webmaster jika anda berkehendakkan sesuatu dari laman web ini.

Jika anda ingin mempunyai bahan atau file yang sama dari laman ini, sila download file tersebut untuk kegunaan semula di laman anda.

Webmaster.

Thursday, July 19, 2012

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN SURAU SEKOLAH RENDAH AGAMA KG KUANTAN, KLANG.

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN SURAU SEKOLAH RENDAH AGAMA KG KUANTAN, KLANG.

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN SURAU SEKOLAH RENDAH AGAMA KG KUANTAN, KLANG.


Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SRA Kg Kuantan Klang telah bersetuju untuk membina sebuah surau ditanah yang berada di belakang sekolah dengan harga RM300,000.00.


Sehubungan dengan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SRA Kg Kuantan Klang ingin memohon sumbangan daripada Tan Sri /Puan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan bagi menampung kos pembinaan sebuah surau sekolah ini demi keselesaan pelajar-pelajar melakukan amali solat dengan sempurna serta aktiviti-aktiviti ilimiah dan perayaan Islam.

Sumbangan boleh dibuat melalui cek kepada PIBG SRA Kg Kuantan dan dialamatkan kepada Sekolah Rendah Agama Kg Kuantan,41300 Klang, Selangor D E atau pindahan antara bank ke No A/C : 1204-0002751-71-5 (Bank Muamalat Klg).

Setiap sumbangan adalah dikecualikan dari cukai pendapatan. Sila dapatkan resit daripada pihak pentadbiran sekolah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

1. En Abu Bakar Bin Omar

Pengerusi PIBG SRA Kg. Kuantan, Klang

No Hp: 019-237 3236


2. Pn Hjh Thuraya Bt Sanip

Guru Besar SRA Kg. Kuantan, Klang

No Tel: 03-33440687 (Pejabat)



Keprihatinan,kerjasama,sokongan dan sumbangan yang Tan Sri /Puan Sri / Dato / Datin / Tuan / Puan berikan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sekian , wassalam.

JUN 2010

" Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." Al-Baqarah, Ayat: 261.

"Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki."Al-Saba, Ayat:39