Ahlan Wa Sahlan......Selamat Datang!!!!!!




S
elamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web kami yang terkini. Maklumat yang terdapat didalam laman web ini hanya akan berkisar pada keadaan semasa.

Semua grafik, artikel serta file video atau audio yang terdapat dalam laman ini adalah tertakluk dibawah hak Amiroel®. Sila email kepada webmaster jika anda berkehendakkan sesuatu dari laman web ini.

Jika anda ingin mempunyai bahan atau file yang sama dari laman ini, sila download file tersebut untuk kegunaan semula di laman anda.

Webmaster.

Friday, February 27, 2009

Menepati Janji



Perjanjian sesama insan adalah ibarat hutang yang perlu ditunaikan dan tidak boleh dipandang ringan,kerana perbuatan memungkiri janji amat dimurkai oleh allah s.w.t.Orang yang berakhlak mulia ialah yang bersifat amanah dan sentiasa menepati janji-janjinya.Manakala pecah amanah dan tidak menepati janji pula adalah tanda merosotnya iman dan menyebabkan jauh diri daripada takwa.Firman allah s.w.t seperti yang tersebut dalam surah al-baqarah sebahagian daripada ayat 177:

"Dan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji".

Ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang menepati janji dan menyempurnakannya adalah bukti orang yang beriman dan bertakwa.

Secara umumnya,janji adalah wajib ditepati dan ia merupakan tuntutan syarak.Dihari akhirat kelak,setiap manusia akan ditanya tentang janji yang telah mereka lakukan semasa hidup didunia ini. Firman allah dalam surah al-isra' ayat 34:

"Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim,melainkan dengan cara yang terbaik (untuk mengurus dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa,serta layak mengurus hartanya dengan sendiri).Sempurnakanlah perjanjian (dengan allah dan dengan manusia) sesungguhnya perjanjian itu akan dipertanggungjawabkan".

Perbuatan memungkiri janji adalah suatu perkara yang tidak disukai oleh semua orang.Malah orang yang mungkir janji juga pasti tidak suka jika orang lain mungkir janji kepadanya.

Sesungguhnya islam amat mengambil berat dalam soal janji,samada janji antara seorang muslim dengan yang lainnya atau janji seorang hamba dengan allah s.w.t.Betapa beratnya perbuatan tidak menepati janji sehingga telah digambarkan oleh rasulullah s.a.w sebagai menyamai salah satu sifat orang-orang munafik.

Sabda rasulullah s.a.w:

"Tiga perkara apabila seseorang itu memilikinya,maka dia dianggap munafik sekali pun dia berpuasa dan sembahyang dan menganggap dirinya muslim,iaitu apabila berkata-kata dia berdusta,apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diamanahkan dia mengkhianati".

Berdasarkan hadis tersebut,dapatlah difahami bahawa sekiranya kita sebagai umat islam memungkiri janji,maka sudah tentulah kita juga tergolong dalam kalangan orang yang memiliki sifat-sifat orang munafik.Perlu diingat dan diketahui bahawa sifat munafik itu adalah sifat yang sangat keji dan balasannya pula amat berat sebagaimana firman allah s.w.t:

"Sesungguhnya orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah daripada (lapisan-lapisan didalam)neraka, dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka (yang dapat membebaskan mereka dari neraka)".

(An-Nisa' ayat 145)

Memandangkan janji itu suatu amanah dan mungkir janji itu pula perbuatan orang munafik dan berdosa besar,maka islam sebagai agama yang sempurna telah menentukan adab-adab yang perlu diikuti apabila membuat janji.Diantara adab tersebut ialah mengucapkan lafaz "Insya-allah" apabila berjanji.Suruhan ini telah dijelaskan oleh allah s.w.t dengan firmannya didalam surah al-kahfi ayat 23-24:

"Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan),bahawa aku akan lakukan yang demikian itu kemudia nanti".Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata):"Insya-allah".Dan ingatlah serta sebutkan akan tuhanmu jika engkau lupa,dan katakanlah :"Mudah-mudahan tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang daripada ini".

Pada masa kini, perkataan "insya-allah" telah disalah gunakan oleh segelintir masyarakat.Lafaz insya-allah digunakan sebagai alasan untuk sengaja tidak memenuhi janji.Kita perlu menyedari bahawa penggunaan lafaz insya-allah itu adalah suruhan allah dan rasulnya ketika berjanji.Oleh itu,setiap kali kita melafazkan insya-allah, hendaklah disertai dengan azam untuk menunaikannya,agar kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang munafik.

Setiap janji mestilah ditepati,samada janji manusia sesama manusia atau janji manusia dengan allah.Jadikanlah ungkapan insya-allah itu sebagai azam untuk menepati janji dan menyempurnakannya.

Jadikanlah diri kita orang yang bertakwa dan berpegang pada janji ,bukannya orang yang memungkiri dan mengkhianati janji.Mudah-mudahan kita menjadi insan yang sentiasa beroleh rahmat dan hidayah allah s.w.t,bahagia hidup didunia dan diakhirat.

"(Ingatlah ) ketika allah mengambil perjanjian setia daripada orang yang telah diberikan kitab (iaitu):"Sesungguhnya!,hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada umat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka melemparkan janji itu kebelakang mereka,serta mereka menukarnya dengan harga yang sedikit.Maka amatlah buruk apa yang mereka dapat daripada penukaran itu".

Ya-allah,engkaulah tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor,sebagai negeri yang maju dan sejahtera.Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah,tetapkanlah iman kami,tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami,murahkanlah rezeki kami,kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat,suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia,kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engaku redhai,lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar,kemarau panjang,wabak penyaklit,persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian,negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Sumber: Masjid Kg. Kuantan, Klang



Tuesday, February 24, 2009

Pari Gergasi....perggghh......

Rekod Dunia tercipta apabila pemancing British berjaya menawan ikan pari seberat 349.3 kilogram.

Ianya mengambil masa 90 minit untuk mendarat , 13 orang untuk menarik keluar dari air . dan apabila berjaya ditimbang berat ikan pari tersebut adalah 349.3 kilogram.

kalau masuk GP Joran ...dah tentu Juara

berita selanjutnya...

It took 90 minutes to land, 13 men to heave it out of the water... and weighed 55 stone when they finally got it to the scales.


So it's little wonder that when Ian Welch first hooked the record stingray, it almost pulled him into the river.


Mr Welch, who weighs 111/2 stone, said: 'It dragged me across the boat and would have pulled me in, had my colleague not grabbed my trousers.'


The angler, from Aldershot, Hampshire, was fishing in Thailand when he landed the ray, which is the biggest freshwater fish to be caught with a rod.





The monster turned out to be female - and pregnant

'It buried itself on the bottom. I tried with every ounce of power but it just would not budge. After half an hour my arms began shaking and after an hour my legs went.


'Another 30 minutes went by and then I put a glove on and physically pulled the line with gritted teeth.'


Once the stingray was off the bottom, it was relatively easy to lift it 30ft to the surface, said Mr Welch, 45.


'As soon as we saw it there was just silence because everyone was just in awe of this thing.'

Eventually the group towed the ray to the bank, put it in a paddling pool, tagged it and took DNA, before releasing it.


The giant freshwater ray is listed as a vulnerable species by the International Union for Conservation of Nature.


This one, 7ft long an'd wide, with a tail of 10ft, had its venomous barb wrapped in cloth on the bank.


Mr Welch said: 'I was exhausted afterwards. I did very little for the rest of the day - and just had a cold beer.



http://www.dailymail.co.uk

AMALKAN 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sunday, February 22, 2009

ZZZzzzz......Does this look like you in the morning?‏

This video reminds me of Garfield.....enjoy watching

Sunday, February 15, 2009

Matikan Handphone Anda





Hukum mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah wajib (dimestikan).


Ini kerana :-

1) Tegahan dari terpesong minda & hati :

Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-


إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها


Ertinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½ " ( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban )


فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه


Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan"( Riwayat Muslim)


المصلي يناجي ربه


Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan tuhannya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551 )


فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ


Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 )


Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda SAW amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup hand phone semasa solat.


2) Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain


Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar. Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :-


‏من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته


Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja( Riwyaat al-Bukhari , no 808 )


Pernah juga diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri r.a bahawa Nabi SAW pergi beriktikaf di sebuah masjid lalu kedengaran bunyi bacaan al-Quran yang lantang di dalam masjid, lalu Nabi SAW segera menyelak langsir (kerana rumah nabi di sebelah masjid ) lalu berkata " Setiap kamu hendaklah bertutur secara peribadi dengan tuhanmu, justeru janganlah seorang kamu menganggu yang lain dengan meninggikan suaranya semasa membaca al-Quran " ( Riwayat Abu Daud : 1332)


Kesimpulannya, wajib menutup hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya.


Pergerakan

Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat. Diriwayatkan


أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحية


Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235 )


Hasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.



Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Wednesday, February 11, 2009

Lion Dance @ StanChart Klang





Lion Dance performs @ Standard Chartered Bank Klang during Chinese New Year on 4th Feb 2009. Perhatikan aksi "baby lion" yang turut sama memeriahkan suasana. :)

Thursday, February 05, 2009

Renungkanlah...

Kita sebenarnya..
..Lebih gembira menyambut 1hb Jan dari 1 Muharram..

Kita sebenarnya..
..Lebih tahu apa itu 14 Feb dari 12 Rabiulawal..

Kita sebenarnya..
..Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad dari hari Jumaat..

Kita sebenarnya..
..Lebih khusyuk mendengar lagu dari mendengar Azan..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka lepak, tidur, tengok TV dari sembahyang..

Kita sebenarnya..
..Lebih tahu tentang artis pujaan kita dari nama-nama nabi Allah..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyebut hello!.. hai! dari assalamualaikum..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menyanyi dangdut dari berwirid, bertahmid..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka memuji manusia dari Tuhan kita sendiri..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku agama..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka ke konsert, karaoke dari ceramah agama..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka memaki, mengumpat orang dari memuji mereka..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka mencarut, @#!*@!! dari menyebut MasyaAllah..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka kemungkaran dari berbuat kebaikkan..

Kita sebenarnya..
..Lebih bangga dgn kejahilan kita dari bersyukur dgn keimanan kita..

Kita sebenarnya..
..Lebih cintakan urusan dunia dari urusan akhirat..

TETAPI bila org tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab kita sebenarnya..

Kita sebenarnya..
..Lebih suka menuju ke Syurga dari ke Neraka

Layakkah kita dgn Syurga milik Allah SWT???

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yg kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dgn kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yg soleh baik lelaki maupun perempuan sdg ia dlm keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab."
(Surah Al Mu'min ; ayat 39-40)